Saturday, December 31, 2011

Sunnah nabi(sambungan ari 2)

K kali ni nk sambung pasal sunnah pemakanan Rasulullah,
tok tajuk ni,ni lah yg teakhir ye...
post yg akn dtg,akn cite psl len...
k slmt membc :)
Penjagaan Dari Penyakit yang Terhasil Dari
Pemakanan Daging Babi, Bangkai Dan Darah.

Daging babi, bangkai dan darah diharamkan oleh Islam. Sebagaimana yang kita tahu, babi adalah binatang yang diharamkan oleh islam. Orang Islam yang menyentuh babi dalam keadaan basah,maka mereka wajib menyamaknya.
Bangkai bermaksud binatang yang halal dimakan tetapi kematiannya bukan cara disembelih mengikut Islam. Mengikut Islam, setiap binatang yang hendak disembelih perlulah menyebut nama Allah.Begitu juga dengan darah. Sekarang ini,ramai orang telah berani memakan darah beralaskan faktor kesihatan. Mengikut mereka,darah binatang, sesuai diminum kerana boleh menyembuhkan penyakit. Mereka berpendapat darah binatang seperti ular sangat mujarab bagi orang yang sedang menghidap sesuatu penyakit.

Islam telah mengharamkan bagi umatnya dari memakan daging babi, bangkai dan darah.
Firman Allah Taala: ertinya;“Diharamkan atas kamu (makan) bangkai, dan darah, dan daging babi serta apa-apa yang disembelih kerana yang lain dari Allah. Dan yang (mati) dicekik dan yang (mati)dipukul. Dan yang (mati) jatuh dari atas, dan yang (mati) ditanduk. Dan yang
(mati) ditokok binatang buas, kecuali barang yang kamu (sempat) sembelih. Dan
yang disembelih di atas nushub. Dan (diharamkan) kamu memeriksa dengan
undi.yang demikian itu kedurhakaan.” ( Surah Al-Maidah :3)

Pandangan Sains Perubatan

- Daging Babi :
Mengikut kajian sains perubatan, di dalam daging babi, darah dan sel-selnya terkandung
cacing yang sangat merbahaya yang dikenali sebagai “Tinea Soleam”.
Cacing ini hanya hidup di dalam otot-otot babi berpandukan kepada saiz babi itu
sendiri. Apabila seseorang manusia memakan daging babi tanpa dimasak dengan
sebaik-baiknya, cacing itu akan membiak pula di dalam tubuh badan orang yang
memakannya.

Cacing ini, apabila membesar, ia boleh mencapai peringkat pembesaran 2-3 meter.
Cacing yang berada di dalam tubuh babi akan mengeluarkan telur. Telur tersebut akan
berada di dalam saluran najis dan keluar bersamanya apabila babi berak. Babi
tersebut akan memakan semula najisnya bersama-sama telur cacing yang terdapat
di dalamnya.Cacing yang berjaya bertapak di aliran darah akan mendatangkan kesan yang terlalu membahayakan kesihatan manusia. Ia akan cuba merosakkan hati dan otak.

Daging babi sukar dihadamkan kerana ia mengandungi bahan-bahan berminyak yang banyak.
Bahan-bahan ini akan menyebabkan banyak punca penyakit seperti darah tinggi dan
lain-lain lagi.Babi juga adalah binatang yang tiada perasaan cemburu. Babi jantan tidak akan
menaruh perasaan cemburu terhadap babi betina. Ini berbeza dengan binatang
lain. Tabiat babi ini akan bertukar atau menjalan ke tubuh dan perasaan orang
yang memakannya.Babi adalah salah satu binatang yang suka makan semua benda sehinggakan najis dan bangkai.Inilah sebab-sebab mengapa babi diharamkan oleh Allah Taala. Kita wajib mentaatiNya dan tidak mempersoalkan setiap larangan dan suruhan.

- Bangkai dan Darah:
Kesemua bangkai adalah haram di dalam Islam kecuali bangkai ikan dan belalang. Darah
juga diharamkan di dalam Islam kecuali limpa dan hati.Setiap haiwan yang telah mati, jasadnya akan dihinggapi kuman-kuman. Kuman-kuman tersebut akan mendatangkan penyakit kepada manusia. Selain itu, ia mengeluarkan racun yang sangat merbahaya. Racun tersebut, tidak dapat dimusnahkan melalui sistem pembersihan. Umat manusia yang memakan bangkai walaupun selepas membasuhnya dengan begitu bersih akan membahayakan diri mereka sendiri. Racun
tersebut akan merebak ke dalam badan manusia.
Darah pula mempunyai peranan yang lain dari bangkai. Walaupun begitu, fungsinya
hampir serupa dengan bangkai.Darah adalah tempat pembiakan kuman yang paling sesuai. Kuman yang tercampak ke dalam darah akan cepat membiak. Darah yang wujud di dalam tubuh bangkai haiwan akan menolong pembiakan kuman. Apabila manusia memakan bangkai, kuman yang terdapat di dalm bangkai akan beralih ke tubuh manusia. Darah-darah yang terdapat di dalam tubuh mempercepatkan pembiakannya. Kuman-kuman tersebut akan mempengaruhi otak manusia. Kewujudan darah yang terlalu banyak iaitu hasil percampuran darah manusia dengan kuman yang bergerak ke tubuh manusia akan mendatangkan penyakit yang merbahaya. Ia boleh mengakibatkan kabur pandangan dan kehilangan deria rasa pada mangsanya.

Langkah-langkah yang perlu diambil ialah dengan menyembelih binatang terlebih dahulu. Dengan cara ini, darah yang terkumpul di dalam tubuh haiwan akan mengalir keluar.
Haiwan yang telah disembelih perlu dibasuh dengan bersih agar saki-baki darah akan terhapus.
Setelah selesai langkah-langkah tersebut dilakukan, maka barulah ia boleh dimakan selepas dimasak.Begitulah hikmah disebalik pengharaman Allah Taala terhadap bangkai dan darah. Allah itu Maha Mengetahui setiap makhluknya.


- Kurma Muda dan Kurma Masak:
Sabda Rasulullah s.a.w daripada Anas,
katanya:Ertinya: “Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan
beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka baginda s.a.w akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka baginda meminum beberapa teguk air.” (Riwayat Abu Daud) Mengikut pendapat pakar perubatan, buah
kurma begitu kaya dengan zat besi dan kalsium. Berdasarkan dari faktor inilah,
Allah Taala telah menggalakkan wanita yang di dalam nifas memakannya.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling penting bagi membentuk susu ibu.Bagi ibu-ibu yang sudah mempunyai anak dan kekurangan susu, maka dengan memakan buah kurma, ia dapat menggalakkan pernambahan kandungan susu.

Simbolik Cara Rasulullah S.A.W Berbuka:
Rasulullah s.a.w berbuka puasa hanya dengan mengambil beberapa biji buah kurma atau anggur
ataupun air.Di antara bahan makanan yang paling pantas bergerak menuju ke limpa dan paling
pantas diproses sebagai bekalan tenaga, tidak lain melainkan buah kurma. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.


- Daging dan Susu:
Firman Allah Taala, ertinya: “Dan sesungguhnya bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, ada pelajaran. Kami beri minum kamu dari apa yang ada di perut-perutnya (yang terbit) dari antara kotoran dan darah, iaitu susu yang bersih yang mudah bagi orang-orang yang mahu
meminumnya.” (Surah An-Nahl :66).

KetinggianKandungan Daging Mengikut kajian sains, daging binatang merupakan satu-satunya sumber protin yang mencukupi dan mempunyai kandungan yang tinggi. Bahan ini mampu membantu pembentukan tubuh badan dan otot.Selain itu, ia mampu menentang penyakit
dan kuman-kuman yang cuba memudratkan tubuh. Sekiranya bahan ini kuarang dari
tubuh, maka segala penyakit akan mudah menghinggapi tubuh tanpa sebarang
halangan.
Para sahabat memerhatikan cara Rasulullah s.a.w makan bagi mengetahui kelebihannya. Rasulullah s.a.w amat menyukai daging yang diambil dari bahagian lengan binatang.
Mengikut sebuah hadis, ada menyatakan bahawa:Ertinya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w amat menyukainya (daging bahagian lengan).”


Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah ada menyatakan bahawa:
Ertinya: “Sebaik-baik daging ialah daging di bahagian punggung.” Berpandukan dari kedua-dua hadis ini,maka jelaslah bagi kita bahawa daging di bahagian lengan dan punggung binatang
adalah lebih baik dan kurang kandungan lemak (minyak). Kenyataan sains, juga telah mengakui
bahawa hadis ini tepat dan tidak bercanggah dengan kajian sains. Mengikut kajian sains, daging di bahagian lengan dan punggung lebih lazat, lembut, jauh dari penyakit dan mudah dihadamkan. Ini kerana, kandungan lemak terlalu kurang.

Selain itu, ia juga kaya dengan zat protin.Kajian sains juga mengakui bahawa daging
yang dipanggang akan dapat mengeluarkan bahan-bahan berminyak. Selain dari itu,
ia tidak mengotorkan daging dan dapat menghilangkan atau membunuhbinatang-binatang seperti hama.

- Susu Di dalam sebuah hadis menyatakan, ertinya:
“Ketika Rasulullah s.a.w di bawakan sebekas minuman dari arak dan sebekas lagi minuman
susu di malam Isra’ Mi’raj, maka Nabi s.a.w telah melihat keduanya. Baginda s.a.w telah mengambil susu. Jibril a.s pun berkata: “Segala puji-pujian bagi Allah yang telah menunjukkan kepadamu fitrah(bersih). Sekiranya kamu mengambil arak, nescaya ramailah umatmu akan sesat.

Mengikut kajian sains, susu merupakan minuman lengkap. Ia mengandungi kandungan protin, lemak, garam, kanji dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia. Berdasarkan dari kesempurnaan dan kelengkapan kandungannya, maka ia diberi nama “Makanan Seimbang”.


No comments:

Post a Comment