Friday, December 23, 2011

SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

kali ni nk kongsi cikit psl sunah nabi Muhammad S.A.W.
ms kat kolej dl, aku ngan membe2 ada lah kena cari maklumat
pasal sunnah nabi ni tok wat asgmnt...so tb2 ari ni dpt seru (tegerak ati )lak nk
kongsi maklumat 2 ngan pembaca2 yg rajin2 sgt2 lah yg duk
bc blog aku ni...k aku kongsi cikit2 dulu ea...
t next day bl aku rjn nk update blog,aku kongsi lg maklum
at psl sunnah nabi
ye....

Membersihkan kedua-dua tangan dan mencucinya sebelum makan :
Aktiviti ini adalah sunnah Rasullulah S.A.W. mengikut ajaran Beliau. Mengikut kajian sains, aktiviti ini adalah mengelakkan daripada terkena penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Sebahagian daripada orang mati adalah kerana tidak menjaga kebersihan tangan dan tidak mencuci tangan sebelum makan. Kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada kanak-kanak.

Ø Tidak bernafas dalam bekas minuman dan Meniup makanan dan minuman yang panas :

Ini merupakan salah satu punca berlakunya penyebaran penyakit. Apabila kita bernafas dalam bekas minuman, air tesebut akan tercemar. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik r.a yang bermaksud: “ Rasulullah S.A.W mengambil nafas tiga kali (sewaktu minum dan tidak bernafas) di dalam bekas minuman”.

Mengikut kepada kajian sains, bernafas adalah aktiviti menarik dan menghembuskan nafas. Ketika menarik nafas, kita memasukkan udara segar yang penuh oksigen ke dalam paru-paru untuk disalurkan ke tubuh bagi memenuhi zat-zat yang diperlukan tubuh tersebut. sedangkan ketika menghembuskannya, kita mengeluarkan udara yang sarat dengan karbon dioksida dengan sedikit oksigen disertai dengan saki baki pembakaran dalam tubuh yang keluar dalam bentuk gas. Ini akan menyebabkan minuman yang kita minum itu akan tercemar. Kerana itulah Rasulullah melarang meniup makanan dan minuman serta bernafas di dalam bekas minuman.

Ø Penyembelihan haiwan :

Dalam terminology Islam,penyembelihan ialah satu proses penyembelihan haiwan dengan cara tertentu sehingga darah keluar dari tubuh haiwan yang disembelih. Proses ini hanya boleh sempurna dengan cara memotong urat utamanya.

Pada waktu penyembelihan si penyembelih tidak boleh memotong kepala haiwan hingga terpisah dari tubuhnya agar hubungan antara otak dan jantung haiwan tersebut tetap bersambung. Ini kerana denyut jantung dapat mengepam aliran darah secara keseluruhan keluar dari tubuh haiwan. Apabila hubungan antara otak dan jantung masih ada, maka denyut jantung itu juga masih terus ada. Oleh itu semua darah yang ada dalam haiwan akan terpam keluar sehingga haiwan yang disembelih itu suci dan steril dari mikrob-mikrob yang terkandung dalam darah.

Mengikut kajian sains, jika haiwan tidak disembelih dengan teknik ini, maka besar kemungkinan darah itu masih tetap menggumpal dalam tubuhnya, sehingga zat asam beracun yang berbahaya bagi manusia masih tetap mengalir di dalam anggota haiwan tersebut. akibatnya semua daging haiwan tersebut menjadi teracun. Sebahagian besar orang yang memakan daging tanpa sembelihan cara Islam berisiko tinggi terkena infeksi dan rasa sakit pada persendian. Terdapat juga para ilmuan yang menyatakan bahawa haiwan ternakan yang masih menyimpan darah di dalam jaringan tubuhnya akan mengalami proses penghuraian. Proses ini akan menghasilkan zat-zat asam yang menyebabkan pengerasan dan pengeringan daging. Tiga jam berikutnya mikrob-mikrob pneumatic mahupun yang non-pneumatic akan memisahkan diri dengan menghancurkan jaringan-jaringan daging yang masih ada darahnya ini. Reaksi(kimia) ini pun menghasilkan senyawa-senyawa yang berbau busuk dan beracun, sehingga daging pun akan membusuk dan bau oleh gas-gas yang dihasilkan. Kita diharamkan memakan haiwan tanpa sembelih, misalnya kerana tercekik,kerana di pukul dengan tongkat dan sebagainya tanpa sempat disembelih terlebih dahulu. Maka proses ini tidak boleh mengeluarkan dari dalam tubuh haiwan tersebut, padahal darah tersebut mengandungi bibit-bibit penyakit,penyebab kebodohan, gangguan persendian dan pembengkakan.

Oleh itu Nabi SAW mengajar kita untuk penyembelihan haiwan dengan memotong urat lehernya, sehingga semua darahnya boleh keluar dari tubuhnya dan dagingnya pun menjadibersih dan baik untuk di makan.

Ø Jangan makan dan minum sambil berdiri :

Diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang bermaksud : “ Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang keras minum sambil berdiri ”. Ini juga berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan dari Anas dan Qatadah r.a., dari Nabi SAW yang bermaksud : “ Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri. Kami, kata Qatadah, lantas bertanya, “ bagaimana dengan makan?” beliau menjawab, “ hal itu lebih buruk dan lebih keji lagi”.

Mengikut kajian sains, makan dan minum sambil duduk lebih menyihatkan, lebih aman,lebih selesa dan lebih nikmat. Ini kerana apa yang dimakan dan apa yang diminum akan mengalir ke dalam dinding perut dengan pelahan dan lembut.

Sedangkan makan atau minum sambil berdiri membuat minuman dan makanan langsung mengalir ke dasar perut dengan deras dan melanggarnya dengan dahsyat. Jika hal ini berlaku berulang kali, maka lambat laun system di dalam perut akan menurun dan semakin lambat sehingga menyebabkan kesulitan pencernaan.

Ketika seseorang makan atau minum sambil berdiri, ianya boleh menyebabkan timbulnya gelombang retroaktif saraf yang sangat kuat yang dilakukan oleh hujung-hujung saraf vagus yang tersebar di dalam perut. Jika gelombang retroaktif ini berlangsung secara kuat dan tiba-tiba, maka ia boleh memacing terlepasnya pengendalian saraf berbahaya(vagal inhibition) yang akan langsung mengarahkan pukulannya yang mematikan pada jantung sehingga boleh mengakibatkan pengsan atau mati mengejut.

Selain itu, proses keseimbangan ketika berdiri juga sering diikuti dengan kejang otot di bahagian kerongkongan(esophagus), sehingga menghambat kelancaran arus makanan ke perut dan dalam beberapa kes ini menimbulkan rasa sakit yang begitu menyiksa, disertai gangguan fungsi system pencernaan dan kehilangan selera makan dan minum.

p/s: bc n amalkan taw pe yg bek...k t smbg lg....slmt membc :)


No comments:

Post a Comment