Wednesday, December 14, 2011

LELAKI & PEREMPUAN


Ari ni aku nk kongsi pasal pe yg aku terbc kat fb td,tp ada 1
pekara yg dia sebutkan kat dlm ni yg aku x bape pasti
& mndatangkan persoalan pd aku..hal 2 pasal pkai seluar...
aku pena dgr ust ckp ms kat sek kat maahad dl,
klu nk pkai sluar blh tp seluar 2 pelu lah x mgikut bntuk bdn(kira
seluar 2 besar n lebar)...2 yg aku tau lah...t wat org yg membaca
blog ni,leh lah tny pd ust2 korg ea psl hal ni tok dapatkan kepastian..
Lg 1 sy pena tebc pasal pakai seluar gak...
bl seseorg pompuan pakai bj kurung or jubah, dan kmdn nyer
di dalam nyer(bj kurung Or jubah 2) dia memakai seluar,
ada pahala tok pompuan 2...
sy bc psl hal ni ms sy sek menegah dl n sy da x igat buku ape...
sy cuma igat kisah dia je, nape klu pompuan pkai seluar
time dia pkai jubah or baju kurung,ada pahala tok diorg...
ni yg aku igat pasal kisah 2 :-
ada seorg gurl ni(x pasti sape),
bersama dgn gurl 2 lak ada sorg lelaki,
ms 2 diorg br smpi kat tmpt yg diorg nk tuju lah kan,
si gurl ni nk turun dr unta dia tp scr x sengaja tersingkap
kain gurl 2 n laki2 2 pat2 toleh k tmpat len(jaga pndangannye),
tapi ms kain 2 tesingkap,gurl 2 ada pakai seluar di dalam nyer,
so terjaglah aurat gurl tersebut n terjaga lah pndagan laki2 tersebut...
pas 2 d c2 lah pahala tok gurl yg memakai selua ,bg yg memakai jubah or
baju kurung...
HAL NI SY X PASTI SGT SM ADA CITE 2 SAHEH K X...SBB SY X MENGKAJI
PON PSL CITE 2 SBB TIME2 2 SY MUDA LG N PEMALAS SGT2...SO SKANG
BG SAPE2 YG TAU PSL HAL NI LEH BGTAU SY EA...KLU SY SALA TLG BTLKAN
& PE2 PON PASTIKAN NGAN UST2 KORG YE...KLU ADA PAPE NK KOMEN K OR
NK TEGUR SALA SY K KAN,CHAT KAT SEBELAH (DLM BLOG NI GAK)..
k lah bc dl pe yg sy nk kongsikan ari ni,
pas 2 wat penilaian sndr..
bl da abes bc n nk komen pe2 chat kat sebelah 2...k slmt membc
& smg pe yg di bc leh memberi manfaat kpd smua... tq :)
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu
dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubungkait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak
dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat
seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh
seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut
wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan
rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan
turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu
menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya
dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya.
Maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung
tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat
sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi
oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung
labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan
dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk
menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan
wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung
menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan
menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih
baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu
akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah
atau terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian
yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun,
pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin
tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat
telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah
sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf
seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2
melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian
paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang
sungguh bernilai.
P/S:WAT APE YG DIPERINTAHKAN ALLAH & JAUHILAH APE YG DI
LARANG NYER...SLMT BERAMAL WAT SMUA...

No comments:

Post a Comment