Wednesday, December 9, 2009

Sekadar Renungan Buat Teman2

Pentingkan sesuatu yang lebih penting
daripada tak penting,
kerana yang penting itu lebih penting
daripada yang tak penting...

Teman!jagalah perasaan marahmu
kerana orang yang sedang marah itu
bercakap kasar,itu bererti dia sedang
menunjukan kebodohannya...

Ingatlah teman!
Persahabatan adalah satu ikatan
yang suci & jangan biarkan
ia dicemari,maka putuslah
ikatan,lerailah persahabatan...

Gagal sekali tidak bererti
gagal untuk selama2nya...
Teruskanlah usaha & janganlah
berputus asa...

Selalulah senyum
apabila menghadapi kesulitan,
kerana senyuman itu adalah
penawar bagi kesulitan...

Belajarlah menghargai sesuatu
kerana jika kita kehilangannya
kita akan menyesal...

Kecantikan seseorang itu
bukan terletak pada wajahnya,
tetapi terletak di sebalik ahlaknya....


No comments:

Post a Comment