Wednesday, December 9, 2009

Luahan Hati

Berlaku pada tahun2008...
Allah telah memberikan kepadaku
sesuatu anugerah yang tidak ada pada orang lain,
Tetapi walaupun ada hanya sebahagian sahaja,
& aku tergolong di dalam sebahagian itu..

Aku dapat melihat kesedihan orang lain
melalui mata & wajah mereka...
Tanpa aku pinta,aku dapat mengetahui
apa yang difikirkan oleh mereka...
Aku juga dapat merasai kesedihan mereka...
Hatiku tidak tertanggung dengan apa yang
telah dapat aku rasakan daripada mereka...
Ini kerana hatiku sendiri penuh dengan
kedukaan dan derita yang tidak di ketahui
oleh sesiapa...

Terlalu banyak beban yang telah
aku simpan dihati..
Sehinggakan aku tidak sanggup melihat@
merasakan kesedihan orang lain lagi..
Aku akan mula mendiamkan diri@
duduk bersendirian bila dilanda
kesedihan duniawi...
Aku tidak mengetahui bagaimana ingin
menghilangkan kesedihan yang telah
bersarang dihatiku ini...

Lantas aku mendiamkan diri &
menyorokkannya dengan memberi
kegembiraan kepada orang lain tanpa
memikirkan kegembiraan sendiri...
Menyelesaikan masalah orang lain
telah membuatkan hatiku tenang &
senang hati.
Inilah kesunyian@ kesedihan diri yang
tersembunyi selama ini...

Pergi sudah anugerah yang diberikan
kepadaku pada pertengahan tahun2009...
Aku amat bersyukur atas kehilangan itu...
Ini kerana aku tidak lagi perlu menanggung kesakitan
pada malam hari...
Semasa aku mempunyai anugerah itu,
kepalaku sentiasa sakit di tengah malam.
Setiap malam kepalaku bagaikan nak pecah sakitnye..

Walaupun tidak beberapa minit sakit itu datang
tetapi hanya Allah shj yang tahu mcm ne kesakitan yang
perlu aku tanggung...
Alhamdulillah,semua itu tidak perlu aku tanggung lagi...
Kini hampir masuk tahun2010..
Aku berharap agar "anugerah"yang penah aku dapat itu,
tidak kembali semula padaku...Amin...



No comments:

Post a Comment