Thursday, December 10, 2009

Cerita Teladan

Seorang Budak & Seekor Ular.

Seorang budak lelaki dan bapanya sedang duduk di beranda
rumahnya pada waktu petang.Rumahnya berada di dalam sebuah
ladang yang sederhana.Bapanya merupakan seorang peladang.
Ketika bapanya sedang mengasah cangkulnya,budak lelaki tersebut sedang
bermain dengan binatang peliharaannya iaitu seekor ular.Bapanya telah menangkap
ular tersebut ketika ular tersebut masih kecil lagi.
Bapa budak lelaki tersebut telah mengambil keputusan untuk membenarkan budak
lelaki tersebut menyimpan ular berkenaan sebagai binatang peliharaannya kerana dia
tahu bahawa ular tersebut tidak berbisa.Walau bagaimana pun ular tersebut
mempunyai suatu keistimewaan iaitu ular tersebut boleh bercakap.

"Adakah kamu tahu bahawa saya tidak akan bermain dengan kamu jika kamu seekor
ular yang berbisa?"Budak lelaki tersebut bertanya kepada ular tersebut.
"Saya tahu" balas si ular."kamu tidak akan berada dekat denganku jika aku beracun".
"Betul tu "kata lelaki tersebut." Saya telah mendengar banyak cerita tentang racun ular ".
"Baiklah,terdapat 2 cerita tentang racun ini"ular menjawab."Sudikah kamu mendengar
salah satu cerita yang telah saya dengar?" tanya lelaki tersebut.
"Baiklah,saya sudi mendengarnya" balas ular tersebut.Budak lelaki tersebut
memulakan ceritanya :
"Seorang lelaki telah jauh mengembara bila dia melihat sesuatu di belakang
sebuah pagar.Ianya seekor ular yang hampir mati kesejukkan.Lelaki yang murni
hatinya itu telah mengambil ular itu dan masukan kedalam bajunya.Dia berharap
kepanasan badannya dapat membantu ular itu berada dalam keadaan yang baik.Apabila ular
itu berada dalam keadaan yang baik.Lelaki yang kesian itu telah di patuk oleh ular berkenaan.
Lelaki tersebut telah mati akibat daripada gigitan beracun tersebut."
"oh,saya pernah dengar cerita tersebut" ular tersebut berbunyi."Tetapi kami ular diberitahu
tentang cerita yang berbeza"
"Bagaimana boleh berbeza pula?" kata lelaki tersebut."Itulah yang saya dengarkan"kata
ular tersebut."Mari saya bagitahu awak bagaimana kami memberitahu cerita berkenaan"
kata ular.
Budak lelaki tersebut mendengar cerita si ular :" Lelaki tersebut mengambil ular tersebut.
Ianya seekor ular yang cantik dan lelaki tersebut memikirkan ular berkenaan telah mati.
Lalu dia mengambil ular tersebut untuk dibawa pulang kerana dia ingin mengambil kulit
ular berkenaan.Kerana itulah ular tersebut mengigitnya."
Budak lelaki tersebut menjerit dengan marah kepada si ular,"Diam!orang yang tidak reti bersyukur sentiasa mempunyai alasan atas apa yang telah dilakukannya."
Bapa budak lelaki tersebut telah mendengar keseluruhan perbualan diantara anaknya
dengan si Ular.Si bapa mencelah."Betul tu anakku."katanya.
"Lihat ape yang telah aku katakan kepada kamu?" budak lelaki itu berkata kepada si ular.
Dia berharap bapanya menyebelahinya.
"Tetapi kamu mesti melihat pada fakta sebelum kamu memanggil seseorang sebagai
seorang yang tidak reti bersyukur"sambung ayahnya lagi."terdapat manusia yang
hanya membantu manusia kerana inginkan sesuatu sebagai balasan.Orang yang
pentingkan diri sendiri ini berhak mendapat balasannya.

PENGAJARAN DRPD CERITA INI :
Bila kita membantu seseorang,kita perlu melakukannya dengan ikhlas dan bukan
kerana kita mahukan sesuatu sebagai ganti.

No comments:

Post a Comment